JellyPages.com

Tuesday, March 31, 2015

Kek Roll Pelangi

Assalam semua.. selamat pagi.. nak update resepi lagi pagi ne..
pagi ne nak kongsikan resepi Kek Roll Pelangi :)
colourful sangat2.. kaler rainbow tau..

# KEK ROLL PELANGI #



 
 

Bahan2nye:
70 gram tepung gandum
3 biji telur gred A
60 gram gula kastor
1 sudu besar ovalet
1 sudu besar susu tepung
60 ml minyak jagung / masak
1 sudu teh esen vanilla
Filling ikut suka


Cara nak buatnye:
 
1) Telur , gula dan ovalet di pukul hingga kembang, gebu dan putih.
2) Masukkan esen vanilla, susu tepung dan di ikuti tepung gandum dan seterusnya masukkan minyak.
3) Bahagikan beberapa bahagiaan dan warna mengikut kesukaan anda. Corakkan mengikut kreativiti anda.
4) Sediakan loyang bersize 9x9 ataupun loyang bersize 10x10. Griskan loyang dgn butter.
5) Panaskan oven dengan suhu 170'c dan bakar adunan lebih kurang 15 minit ke 20 minit dgn api atas sahaja.
6) Apabila adunan sudah masak,keluarkan dari loyang dan letak di atas tuala bersih.
7) Sejukkan seketika dan sapukan cream ( whipping cream) ke atas kek tadi dan gulung mengunakan tuala dgn kemas dan berhati2.
8) Apabila sudah siap gulung,simpan di dalam aisbox lebih kurang sejam,barulah di potong.



***Inti kek boleh di pelbagaikan mengikut kegemaran anda. Boleh guna menggunakan jem buah buahan ataupn coklat.

Sunday, March 29, 2015

Talam Seri Muka Pandan

Resepi Talam Seri Muka Pandan
 share by: Aneka Kuih Tradisional (FB)



Bahan2 Lapisan Bawah:

500 gm beras pulut
200 ml santan pekat
400 ml air
2 tsp garam halus

Cara2nya:-
Rendam pulut sekurang2nya 4 jam.
Basuh bersih & toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang size 9"x9"x4" yang dialas plastik.

Bahan2 Lapisan Atas:

Bahan A
250 gm gula halus
150 gm tepung gandum
50 gm tepung ubi
400 ml santan pekat
350 ml air
20 gm daun pandan (dikisar dengan air diatas.
kemudian tapis.)

Bahan B
4 biji telur
1/2 tsp garam halus
1/2 tsp pandan essence
pewarna hijau- secukupnya

Cara2nya pula:

Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.
Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap jer.
Tuang keatas lapisan pulut tadi & kukus selama 30 minit.
*Pastikan Talam betul2 sejuk dahulu sebelum keluarkan dari loyang.

**Selamat Mencuba.**

Karipap Pusing

Ne pulak saya share gambar je sebab kat dalam gambar ne dah disertakan resepi sekali ye.. 
Apa-apa pun, Selamat Mencuba :)

Share by: Resipi Mama Kent (FB)
KEK RED VELVET
Share By Jamayah Bujang


Bahan A - kek

2 1/2 cawan tepung kek
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar serbuk koko (van houten)
2 oz pewarna atau agak-agak saja.
1/2 cawan butter
1 1/2 cup gula
2 biji telur (suhu bilik)
2 sudu kecil esen vanila
1 cup buttermilk (suhu bilik)
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu kecil sodium bikarbonat/ baking soda



Bahan B: Cream cheese frosting

2 buku cream cheese (dilembutkan)
1/2 cawan butter (dilembutkan)
2 sudu kecil esen vanila
2 cawan gula icing (diayak) *kalau tak suka manis boleh kurangkan, saya mesti kurangkan

Cara buat kek

1. Sapukan butter pada 2 loyang bulat atau 3 loyang bulat yang sama saiz
2. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius
3. Ayak tepung kek + serbuk penaik.
4. Dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga pes tidak berketul.
5. Dalam satu bekas besar, pukul butter + gula sehingga kembang.
6. Masukan telur satu persatu dalam bekas besar.
7. Masukan esen vanila + pes koko merah dan gaul dalam bekas besar.
8. Perlahankan mixer. Masukan 1/3 daripada tepung dan pukul rata.
9. Kemudian masukan 1/2 daripada buttermilk dan pukul rata.
10. Ulang langkah 8 dan 9.
11. Campurkan cuka + baking soda dalam bekas kecil. Nanti akan berbuih.
12. Cepat-cepat campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukan dalam loyang dan bakar.
13. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit.

* Kek ini moist, jadi kena cek awal. Bila cucuk dengan lidi dah bersih, keluarkan dari oven.
* Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang.
* Pastikan kek sudah betul-betul sejuk baru letak frosting


Cara buat cream cheese frosting

1. Pukul butter + cream cheese sampai halus
2. Perlahankan mixer dan tambah gula icing + esen vanila

Untuk letak frosting

1. Terbalikan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas.
2. Sapu frosting di bahagian rata kek. *Lagi tebal lagi sedap
3. Letak kek yang kedua ata kek tadi. Bahagian rata menghadap bawah.
4. Sapu frosting di seluruh kek.
Kek ini sedap kalau sudah masuk dalam peti sejuk dan keluarkan sekejap bagi dia tak keras, baru makan.

Respi Butter Milk

Susu segar - lebih kurang 1 cawan
1 Tbsp cuka masak atau jus lemon

Cara Penyediaan :
Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.
Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan.
Biarkan larutan berehat selama 5 minit.
Den boleh digunakan.

**Selamat Mencuba**

Kek Pure Cheese Kukus

Kek Pure Cheese Kukus
by: Resepi Mama Kent




Bahan2 digunakan:

250gm cream cheese
250gm mentega
8 bj telor
1cwn gula
1cwn susu pekat manis
2 sdteh esen vanilla
4 sdmkn tpg jagung



Cara2nya pula:

- Pukul mentega, cream cheese & gula sampai kembang..
- Pastu masukkan telor & gaul..
- Masukkan esen vanila & susu.. gaul sebati lagi..
- Bila dh sebati,baru masukkan tepung jagung..gaul rata2 sebab takut tepung berketul2..
- Pastu boleh kukus selama 1 1/2 jam-2 jam..
- Siap..

**Selamat Mencuba**

Kuih Penyaram

KUIH PENYARAM LEMBUT 
by: Jamayah Bujang
 (orang Brunei suka makan)


Bahan2 yang digunakan:

500g tepung gandum
100g tepung beras
650 air (200ml air pns +450ml air kosong)
3/4 sudu teh garam
500g gula apong atau gula melaka
Minyak masak secukupnya



Cara2nya pula:

-Dalam bekas, satukan tepung gandum dan tepung beras.
-Dalam bekas lain, bancuh gula apong dengan 200ml air panas (boleh juga dimasak seketika untuk mencairkan gula terutamanya jika guna gula melaka)
-Apabila gula cair sudah sepenuhnya boleh lah tambahkan air selebihnya.
-Tuang air gula apong tadi ke dalam tepung dan kacau menggunakan hand whisk sehingga sebati. -Masukkan garam dan kacau lagi.
-Tapis adunan dan perap semalaman.
-Panaskan 2/3 cawan minyak masak (guna api perlahan).
-Ambil satu senduk kecil dan tuang adunan di tengah2 kuali. Biarkan sehingga ia masak dari tepi hungga ke tengah barulah diterbalikkan. Toskan minyak.
-Kuih ini memang digoreng satu persatu.

Selamat mencuba!

Pappermint Oreo

Assalam semuanya.. dah lama tak update blog saya :)
Tapi tak pe.. ne saya nak share resepi yang saya copy dari Facebook  "Resepi Mama Kent"

 Pappermint Oreo

Ne bahan2 yang digunakan :
400 gm mentega
100 gm gula kastor. (resepi asal 180 gm.sebab tak suka manis, jadi dikurangkan)
10 bji telur gred A
160 gm tepung hong kong
10 gm ovellete
1 sudu esen vanila
375 gm susu pekat manis
perasa mint (25 ml - secukup rasa - sbb kalau bubuh terlampau banyak, rasanya pahit)
2 bungkus biskut oreo (di buang inti)

sedikit pewarna biru

cara2nya pulak :
1- pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih,
masukkan telur satu persatu dan putar lagi sehingga kembang.
2- masukkan ovellete dan esen vanila, susu pekat putar lagi hingga sebati, dan akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit putar sebati.
3- last sekali masukkan perasa mint kacau sebati dan bahagi kepada dua, 1 adunan warna dengan pewarna biru dan 1 lagi warna plain.
4- bakar selapis demi selapis dan susunkan oreo setiap lapisan mngikut citarasa masing2, xpyah oreo pun boleh..bakar selapis2 sampai habis. (suhu 180)
5- sejukkan sebelum dihidangkan..lebih sedap kalau dimakan sejuk dari peti ais..

**selamat mencuba**